BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 16, 2011

Selamat Menyambut Hari Merdeka & Hari Malaysia!!!

assalamualaikum wbt...
bru ada kesempatan n ruang utk mengupdate blOg kesayangan ku ney..hurmmm...
ramadhan dah berlalu dan syawal pown akan berlalu jgk xlama lg..sekejap jew masa bjalan...Ooh masa!
hari ney 16 september 2011 bersamaan 18 syawal 1432 hijrah...kita sume rakyat malaysia dgn rasa bangga menyambut hari kemerdekaan serta hari malaysia...td pg tgk sambutan kemerdekaan lam tv jew..tgk tv3 n tv9...meriah gler!tah bpe ribu peruntukan utk sambut merdeka...hurmm...tp part yg aku pling suke is kawad kaki dri kOntinjen tentera serta perarakkan kereta berhias...suka!Ok lah takat ney dulu...nnty aku update lg..insyallah...merdeka!merdeka!merdeka!
(semOga negara kita benar-benar merdeka n sentiasa dalam rahmat dan keberkatan allah..amiiin)



tranfOrmasi yg dilakukan mmg berjaya tp adakah raykat sejahtera??? (renungkan sejenak)



ketika perarakkan pasukan kOntijen...:)




berbilang kaum! itulah Malaysia!




i`m prOud 2 be a malaysian!

Thursday, September 1, 2011

Kami warga "busy body"

Assalamualaikum semua..

Pepatah Melayu ada mengatakan 'Jangan jaga tepi kain orang' atau dalam bahasa orang sekarang ni busy body. Bagi aku pepatah ni kurang relevan jika dilihat dalam sudut lain. Tidak semua perkara kita kena ikut pepatah ni. Sebab dalam Islam memang ada busy body ni. Cuma pemahaman kita yang cetek ilmu je yang mengatakan tidak. Rasulullah S.A.W berpesan bahawa Mukmin dengan Mukmin yang lain itu ibarat satu badan, bila satu anggota badan sakit, umpama sakit keseluruhan badan. Jadi contoh mudah nya kalau kita luka ditangan, secara automatiknya kita letak ubat di tempat luka itu. Maknanya kita ambil berat tangan yang luka itu. Sama juga dengan umat Islam, jika ada yang dalam kesusahan, kita dengan senang hati membantu. Itulah namanya busy body.



Tapi masyarakat kita sekarang ni anggap busy body tu seperti perkara yang paling dibenci. Mereka tak suka orang sibuk hal hidup dia, masing-masing sendiri2 ambil tahu. Tapi bila dalam susah, pandai pulak mintak tolong. Aihh. Tu namanya tak malu. Kadang2 dalam satu taman perumahan, jiran sebelah rumah pon tak habes kenal. Ni kan pula row belakang dan depan rumah, confirm tak kenal langsung. Sebab apa? Sebab takde kesedaran betapa pentingnya menjalin ukhuwah sesama sedara se-Islam khususnya. Pendek kata macam kera sumbang.

Yang atas tu kes pertama, kes yang kedua pulak kalau bab nasihat ni. Bila kita nasihat , dengan kesatnya mereka menjawab "Heyy, kubur kita lain-lain. Kalau kena seksa pon aku, bukan kau. Kau takpayah nak nasihat aku. Nanti pandai2 lah aku jawab dekat sana nanti !!".. Haa, selalu kan dengar ayat drama nih. Jawapan aku bagi orang yang macam ni adalah "Sebab kubur lain-lain la aku nasihat kau. Kalau kubur kita sebelah2, bila kau kena seksa, tak ke mengganggu aku dekat sebelah tu". haha. Orang macam ni kita kena perli habes-habes. Baru dia nak sedar. Tapi sebelum tu gunalah cara nak lemah lembut dulu. Kalau tak makan saman, kita guna cara keras sikit.

Itulah sedikit sebanyak realiti kehidupan hari ini. Anda mahu jadi warga "busy body" ? Jom sertainya beramai-ramai. Kita bukan busy body pada yang sia-sia, tetapi kita busy body kerana sayangkan sedara sesama kita.Yang ma'ruf kita sebarkan, yang mungkar kita tentang. Kerana berdiam diri hanyalah merugikan Islam.



Seperti dalam hadis Rasulullah ini:

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.


(Hadis sahih riwayat Muslim)





p/s: http://memadamkomplikasi.blogspot.com

ke mana destinasi kita selepas ramadhan???

'Kuala Lumpur kiri, Kajang kanan' tertera di signboard tepi jalan. Apa tujuan signboard ni? Dah tentu sebagai arah pandu kita menuju ke destinasi yang dituju. Soalan aku untuk hidup kita pula, 'Ke mana destinasi hidup kita selepas Ramadhan?'. Soalan ni harus terbit di benak setiap insan yang bernama Islam. Yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Adakah sempurna tarbiyyah Ramadhan kita tahun ni? Apa perubahan kita? Apa matlamat selepas Ramadhan? Soal ibadah pula bagaimana? Minda kita harus diajukan soalan-soalan seperti ini supaya kita sentiasa beringat.


Istiqamah.
Kalau signboard tadi penentu arah tuju kita di jalanan raya, apa pula arah tuju kita di jalanan dunia menuju akhirat? Jawapannya perlu ada iman. Iman yang mantap mengelakkan kita dari tergelincir ke lembah kemaksiatan dan sia-sia. Mana nak dapat iman yang mantap? Contoh terdekat adalah Ramadhan. Selama sebulan kita disekolahkan, takkan takde sedikit manfaat kita peroleh. Aku rasa bulan Ramadhan ni sudah cukup untuk membentuk iman yang mantap. Itu pun kalau kita bersungguh-sungguh nak berubah. Mungkin kalau tak banyak , sedikit pun sudah bagus untuk perubahan diri. Sebab yang penting adalah Istiqamah. Istiqamah kita untuk berubah ke arah kebaikan.

Mungkin sebelum ni ada yang hobinya meninggalkan solat fardhu, tapi dibulan Ramadhan cukup lima waktu sehari semalam. Ada juga yang berjaya meninggalkan ketagihan merokok di bulan Ramadhan. Ini sudah bagus, dan harap berkekalan la di bulan seterusnya. Tak guna puasa sebulan di bulan Ramadhan, tapi bila berakhirnya Ramadhan, satu hape pun kita tak dapat dari tarbiyyah Ramadhan tu.



Tukar persepsi.
Jika sebelum ni kita hanya anggap Ramadhan ni hanya bulan puasa. Tak puasa berdosa. Mungkin ada yang puasa sebab terpaksa, malu jika tak berpuasa. Ada jugak yang dalam fikiran "Bulan Ramadhan ni kita stop buat kerja jahat, habes je puasa ni kita sambung balek", "bulan puasa ni aku nak pakai tudung, nanti lepas Ramadhan bukak la", "Kiah, bulan ni kita stop Melodi kita ea, sambung Syawal nanti". Ya, mereka menghormati bulan Ramadhan tapi hanya sekadar menghormati tak cukup. Contoh mudah:


"Kita hormat makayah kita. Di depan mereka kita buat baik. Tapi diluar sana kita berperangai tak tentu hala. Di depan makayah kita jaga adab, tapi diluar sana adab kita hilang. Di depan makayah kita...Ermm.. tapi sedarkah kita yang sebenarnya kita dah memalukan makayah kita? Walaupun kita baik depan makayah kita. Tapi pandangan orang, makayah kita tak reti jaga anak. Anak jahat. Buat benda tak senonoh. Sapa yang malu? Sapa yang dapat aib? Makayah kita jugak".

Sama jugak dengan mereka yang hanya menghormati bulan Ramadhan tapi dibulan lain kembali berbuat kejahatan, bagi aku mereka sebenarnya telah menghina Ramadhan itu sendiri. Hanya berpura-pura baik ketika bulan puasa, tapi dibulan lain melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Yang buruk nama Islam itu sendiri. Yang rosak martabat Islam itu. Dan yang dapat malu, umat Islam itu sendiri. Kita kata kita sayangkan Islam, tapi di suatu masa kita yang membiarkan Islam jatuh. Apa guna tarbiyyah jika diri sendiri tidak mahu berubah. Fikir-fikirkan...



Tentu arah.
Sementara masih ada sisa-sisa Ramadhan yang kita akan jalani ni, tanamkanlah niat dan harapan kita untuk perubahan. Segala perubahan di Ramadhan kali ini diteruskan dibulan lain sehingga datangnya Ramadhan yang akan datang. Teguhkan iman kerana perjalanan menuju ke Ramadhan yang akan datang terlampau panjang. Banyak onak duri kejahatan dan ombak badai maksiat yang harus kita tempuhi. Hidup ini hanya sementara, akhirat kekal abadi. Usia hanya pinjaman, manfaatkan sepenuhnya.


Maka sama-samalah kita berdoa agar perubahan kita di bulan Ramadhan ni dirahmati Allah. Dipanjangkan usia untuk dapat beramal, dapat bertaubat sebelum terlambat. Amiin.


Pantun Raya -setiap negeri di Malaysia-

Kelantan... 

Make ikke cicoh budu 

Jange lupo tamboh satar 

Kelik rayo taksir laju 

Nanti rayo dale sepita 


Terengganu... 

Makang ubi jamang jepong 

Makang kepok cicah cuke 

Bulang pose mung bengong 

Bulang raye mung suke 


Pahang... 

Sepadan Pahang ada kasino 

Nasi dagang ikan patin 

Jange mu masam muko 

Raya makan rendang sadin 


Johor... 


Cegitu cegini awak suke 

Awak suke kite tak suke 

Esok luse hari raye 

Sama-sama bersuke rie 


Melaka... 

Hawau kau berak merate 

Kaki bengkak ulau patok 

Kalu balik naik kerete 

Jangan pandu kalau ngantok 


Negeri Sembilan... 

Masak lomak cili api 

Campo dongan ! daun turi 

Hari rayo kolumpo sopi 

Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!) 


Selangor/K.Lumpur... 

Wa cakap lu wa tak tau 

Tapi wa tipu sama lu 

Raya jangan buat tak tau 

Angpau ada bagi gua dulu 


Perak... 

Gulai tempoyak ikan mayong 

Deroyan busok tebok tupai 

Pandu hemat ingat kampong 

Asal teman selamat sampai
 

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq 

Lapaq perut makan pau 

Macam mana tak ketaq 

Kena paksa bagi angpau 


Penang... 

Nasi kandaq kedai mamak 

Anak mami juai pesemboq 

Lepas raya usah dok triak 

Kalu ceti mai ikut dapoq 


Perlis... 

Padang besaq kecik aja 

Tempat siam lalu lalang 

Hari raya kita berbelanja 

Jangan sampai menambah utang..

Thursday, August 18, 2011

Petua Mencuci Hati


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)