assalamualaikum wbt...
bru ada kesempatan n ruang utk mengupdate blOg kesayangan ku ney..hurmmm...
ramadhan dah berlalu dan syawal pown akan berlalu jgk xlama lg..sekejap jew masa bjalan...Ooh masa!
hari ney 16 september 2011 bersamaan 18 syawal 1432 hijrah...kita sume rakyat malaysia dgn rasa bangga menyambut hari kemerdekaan serta hari malaysia...td pg tgk sambutan kemerdekaan lam tv jew..tgk tv3 n tv9...meriah gler!tah bpe ribu peruntukan utk sambut merdeka...hurmm...tp part yg aku pling suke is kawad kaki dri kOntinjen tentera serta perarakkan kereta berhias...suka!Ok lah takat ney dulu...nnty aku update lg..insyallah...merdeka!merdeka!merdeka!
(semOga negara kita benar-benar merdeka n sentiasa dalam rahmat dan keberkatan allah..amiiin)
Friday, September 16, 2011
Selamat Menyambut Hari Merdeka & Hari Malaysia!!!
Posted by Cahaya Bijaksana at Friday, September 16, 2011 0 comments
Thursday, September 1, 2011
Kami warga "busy body"
Assalamualaikum semua..
Pepatah Melayu ada mengatakan 'Jangan jaga tepi kain orang' atau dalam bahasa orang sekarang ni busy body. Bagi aku pepatah ni kurang relevan jika dilihat dalam sudut lain. Tidak semua perkara kita kena ikut pepatah ni. Sebab dalam Islam memang ada busy body ni. Cuma pemahaman kita yang cetek ilmu je yang mengatakan tidak. Rasulullah S.A.W berpesan bahawa Mukmin dengan Mukmin yang lain itu ibarat satu badan, bila satu anggota badan sakit, umpama sakit keseluruhan badan. Jadi contoh mudah nya kalau kita luka ditangan, secara automatiknya kita letak ubat di tempat luka itu. Maknanya kita ambil berat tangan yang luka itu. Sama juga dengan umat Islam, jika ada yang dalam kesusahan, kita dengan senang hati membantu. Itulah namanya busy body.
Tapi masyarakat kita sekarang ni anggap busy body tu seperti perkara yang paling dibenci. Mereka tak suka orang sibuk hal hidup dia, masing-masing sendiri2 ambil tahu. Tapi bila dalam susah, pandai pulak mintak tolong. Aihh. Tu namanya tak malu. Kadang2 dalam satu taman perumahan, jiran sebelah rumah pon tak habes kenal. Ni kan pula row belakang dan depan rumah, confirm tak kenal langsung. Sebab apa? Sebab takde kesedaran betapa pentingnya menjalin ukhuwah sesama sedara se-Islam khususnya. Pendek kata macam kera sumbang.
Yang atas tu kes pertama, kes yang kedua pulak kalau bab nasihat ni. Bila kita nasihat , dengan kesatnya mereka menjawab "Heyy, kubur kita lain-lain. Kalau kena seksa pon aku, bukan kau. Kau takpayah nak nasihat aku. Nanti pandai2 lah aku jawab dekat sana nanti !!".. Haa, selalu kan dengar ayat drama nih. Jawapan aku bagi orang yang macam ni adalah "Sebab kubur lain-lain la aku nasihat kau. Kalau kubur kita sebelah2, bila kau kena seksa, tak ke mengganggu aku dekat sebelah tu". haha. Orang macam ni kita kena perli habes-habes. Baru dia nak sedar. Tapi sebelum tu gunalah cara nak lemah lembut dulu. Kalau tak makan saman, kita guna cara keras sikit.
Itulah sedikit sebanyak realiti kehidupan hari ini. Anda mahu jadi warga "busy body" ? Jom sertainya beramai-ramai. Kita bukan busy body pada yang sia-sia, tetapi kita busy body kerana sayangkan sedara sesama kita.Yang ma'ruf kita sebarkan, yang mungkar kita tentang. Kerana berdiam diri hanyalah merugikan Islam.
Seperti dalam hadis Rasulullah ini:
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.
(Hadis sahih riwayat Muslim)
p/s: http://memadamkomplikasi.blogspot.com
Posted by Cahaya Bijaksana at Thursday, September 01, 2011 0 comments
ke mana destinasi kita selepas ramadhan???
'Kuala Lumpur kiri, Kajang kanan' tertera di signboard tepi jalan. Apa tujuan signboard ni? Dah tentu sebagai arah pandu kita menuju ke destinasi yang dituju. Soalan aku untuk hidup kita pula, 'Ke mana destinasi hidup kita selepas Ramadhan?'. Soalan ni harus terbit di benak setiap insan yang bernama Islam. Yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Adakah sempurna tarbiyyah Ramadhan kita tahun ni? Apa perubahan kita? Apa matlamat selepas Ramadhan? Soal ibadah pula bagaimana? Minda kita harus diajukan soalan-soalan seperti ini supaya kita sentiasa beringat.
"Kita hormat makayah kita. Di depan mereka kita buat baik. Tapi diluar sana kita berperangai tak tentu hala. Di depan makayah kita jaga adab, tapi diluar sana adab kita hilang. Di depan makayah kita...Ermm.. tapi sedarkah kita yang sebenarnya kita dah memalukan makayah kita? Walaupun kita baik depan makayah kita. Tapi pandangan orang, makayah kita tak reti jaga anak. Anak jahat. Buat benda tak senonoh. Sapa yang malu? Sapa yang dapat aib? Makayah kita jugak".
Posted by Cahaya Bijaksana at Thursday, September 01, 2011 0 comments
Pantun Raya -setiap negeri di Malaysia-
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
Negeri Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang..
Posted by Cahaya Bijaksana at Thursday, September 01, 2011 0 comments
Thursday, August 18, 2011
Petua Mencuci Hati
Posted by Cahaya Bijaksana at Thursday, August 18, 2011 0 comments