BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

tanda sebelum sakaratul maut...adakah kita bersedia untuk i2????

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

Suami Soleh

assalamualaiakum...

Wednesday, January 25, 2012

Surat Jawapan Dari Bakal Zaujah Kepada Bakal Zaujun~

Kehadapan bakal zauj ku...
Ana di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang,
namun janganlah anta bimbang...Ana di sini mampu menahannya
kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang
hambaNya mampu.


Diharap anta pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta
sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua anta berada.Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu...
Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku...Maafkan Ana andai selama ini Ana leka dengan cinta dunia
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak menjaga tatasusila
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak mensiakan cintaNya
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak ingat padaNyaAna serba kekurangan...diharap anta boleh melengkapkannya
Ana bukan jelitawan...diharap anta mampu menerimanya
Ana bukan cendikiawan...diharap anta mampu membimbingnya
Ana bukan hartawan...diharap anta sanggup bersamaYang Ana pinta bukan ketampananmu...
Yang Ana damba bukan hartamu...
Yang Ana mahu cuma imanmu...
Yang Ana ingin hanyalah tauladanmu....Bimbinglah Ana...
Tunjukkanlah Ana...Ana tidaklah sepuitis anta untuk menulis bait-bait kata...
Ana tidaklah sepetah anta dalam tiap bicara....
Namun, yang pasti...
Ianya ikhlas lahir dari hati....Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak...
Di mana ketika itu...Ana dah bersedia...
Ana layak untuk mendampingi anta...
Bukan hanya sebagai isteri kepada anta...
Tapi ibu untuk anak-anak kita..Sebelum kita diijabkabulkan...
Ana akan memberitahu satu rahsia,
Rahsia yang pahit untuk ditelan...
Sukar tuk Ana lupakan...Setelah Ana memberitahu rahsia itu...
Ana redha jika anta pergi ...
Ana redha jika anta membenci...
kerana...
Segalanya belum dimetrai...
Segalanya belum disaksi...
Ana pasrah jika itu terjadi...
Ana pasrah jika itu takdir diri...
kerana...
Biarlah tangis sebelum janji dimetrai...
Bukannya setelah semuanya selesai...
kerana...
Ana mencari siapa yang ikhlas menemani...
Ana mencari siapa yang sanggup memberi...
Ana mencari siapa yang mampu menerima...
Ana mencari siapa yang pasrah dan redha...Andai jodoh kita berkekalan...
InsyaAllah kita akan berbahagia..
Meskipun hayat hidup tak sama...
Ana akan berusaha membahagiakan anta..Andai jodoh bukan milik kita..
Usahlah anta bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...
Ana doakan kebahagiaan anta..Bermohonlah padaNya selalu..
kerna cuma Allah yang mendengar isi hatimu...
Dari bakal isterimu,...
Ana....

semOga cinta kita sampai jannah..insyallah...amiin..

Surat Dari Bakal Zaujun Kepada Bakal Zaujah~

Buat: Isteriku(zaujah) yang tercinta[hanya Allah mengetahui]
Dari : Bakal Suamimu
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada ana untuk menulis surat ini... Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai anti bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tak mintak sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita... Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya?


buat bakal zaujah,
ana tak berharap apapun pada anti.. Tetapi ana cuma harapkan anti menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect tetapi ana idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup..  Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat ana sunyi, anti menjadi peneman suka duka kehidupan ana.


buat bakal zaujah,
ana bukan seorang yang perfect, terlalu banyak kekurangan pada diri ana. Ana ingin berubah setiap saat setiap detik ana cuba berubah . Ana cuba untuk memperbaiki diri ana. Ana ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga anti dengan baik, dapat bahagiakan anti dengan seadanya. 


buat bakal zaujah,
ana sedar siapa diri ana, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi ana cuma mahukan anti menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan islam dalam kehidupan. Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
buat bakal zaujah,
ana harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha.

Akhir sekali.. Ana berharap anti bersedia untuk menjadi zaujah ana, dan menerima diri ana seadanya. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, ana akan cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang lelaki yang baik. Ana juga harap anti dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang terbaik.

Semoga Allah pertemukan kita dengan jalan yang diredhaiNya. Amin..



Hayati lirik lagu ini wahai bakal isteriku..

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



P/S: cOpy & paste by: http://www.ilmi-islam.com

Monday, January 23, 2012

Tudung LABUH itu KOLOT????

Selepas UPSR, saya di hantar ke sekolah agama oleh ibu bapa. Bukan atas kehendak sendiri. Saya juga tidak membantah. Hanya kerana sepupu perempuan saya turut belajar di situ, saya tidak keberatan.
Saya juga pernah menghadiri temuduga untuk memasuki Kospint yakni Imtiaz sekarang. Hampa kerana tidak terpilih.
Seperti yang umum maklum, belajar di sekolah agama menuntut pelajar perempuan memakai tudung labuh. Saya ketika itu masih belum faham kenapa perlu memakai tudung labuh.
Adakah tudung segi tiga masih belum menutup aurat?
Tetapi, soalan itu hanya berlegar di fikiran. Tidak pernah diluahkan dan tidak pernah dikaji.
Timbul rasa jengkel juga di hati, '"selekehlah pakai tudung labuh", "nampak gemuk", "tak smart langsung".


Oleh sebab itu, apabila diadakan aktiviti sukan atau apa-apa aktiviti di luar waktu persekolahan, saya akan menyarung tudung segi tiga biasa menggantikan tudung besar itu. Saya kurang rasa bersalah kerana senior juga begitu.
Tiada lagi tudung labuh apabila menghadiri latihan kawat pada waktu petang, atau latihan untuk hari sukan kerana tiada seorang pun guru yang menegur. Kalau ada pun, bukan saya yang ditegurnya. Saya rasa selamat untuk memakai tudung segi tiga.
Begitu juga apabila keluar dari asrama, selain daripada outing pada waktu persekolahan, terutama apabila bersiar-siar dengan keluarga atau kawan-kawan, saya tidak pernah sekalipun memakai tudung labuh sekolah apatah lagi mahu mempunyai koleksi tudung labuh yang lain. Sungguh waktu itu, tudung labuh bagi saya adalah kolot. Ketinggalan zaman.
Bermula dari tingkatan satu hinggalah tingkatan tiga, tiada input yang saya dapati sama ada dalam waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan berkenaan kebaikan memakai tudung labuh. Tiada sesiapa pun yang menceritakan kepada kami mengapa para pelajar perempuan di sekolah ni diwajibkan pakai tudung labuh.
Yang ada hanya guru yang menyindir kami dengan kata-kata:
"Korang ni bila kaki dah langkah luar pagar sekolah, tudung labuh entah ke mana, baju ketat, seluar ketat, tudung kecik". Saya hanya mencebik. Apa salahnya tudung kecil!
Di mata saya tudung labuh hanya dipakai oleh ustazah. Tetapi, pemikiran itu berubah sedikit apabila guru Sains saya memakai tudung labuh juga. Tetapi, saya malas memikirkan tentang perihal tudung labuh ini.
"Yang penting aku dah tutup aurat sepenuhnya, ok lah".
Meskipun spotcheck tudung selalu dilakukan, kami tidak pernah serik. Undang-undang sekolah kami tidaklah seketat sekolah agama yang gah dan hebat yang lain. Tudung pelajar perempuan tidak boleh atas daripada paras siku.
Peraturan ini boleh diterima lagi kerana ada sekolah yang mewajibkan tudung pelajarnya mesti bawah pergelangan tangan. Tetapi, para pelajar yang "rimas" telah dididik oleh para seniorsupaya memendekkan tudung dalam erti kata yang lain, tudung yang labuh diubah suai agar ianya atas daripada siku.
Bagi kami, tudung sebegini nampak lebih kemas. Stok tudung labuh tetap ada untuk kecemasan yakni spotcheck. Hanya dipakai apabila tersebar khabar angin bahawa pagi itu akan dilakukan spotcheck.
Usai keputusan PMR diumumkan, saya mendapat tawaran ke sebuah MRSM di pantai timur. Alhamdulillah. Bolehlah keluar dari kongkongan sekolah agama ni. Mimpi saya ialah peraturan akan lebih longgar, pelajar boleh pakai apa-apa sahaja yang disukai, ber'couple' tidak akan jadi halangan, pendek kata moden.
Tetapi, impian itu bertukar 180 darjah. Kami diwajibkan solat Subuh, maghrib dan Isyak secara berjemaah, diwajibkan memakai stoking apabila keluar dari asrama, dilarang ber'couple', tidak boleh memakai scarf kepala yang menutup hanya separuh, track suit yang mencekik di bahagian bawah dilarang sama sekali, handsock diwajibkan.
Tambahan lagi, di dalam kelas pelajar perempuan mestilah duduk belakang pelajar lelaki menyerupai saf dalam solat, tudung yang jarang akan dihukum, tudung yang tidak melebihi bahu akan di denda, seakan-akan peraturan bertambah ketat berbanding sekolah agama saya dahulu.
Dan tentunya peraturan ini sebenarnya telah termaktub sebagai perintah Allah S.W.T sendiri. Cuma tidak diperincikan sahaja. Allah S.W.T menyuruh kita menutup seluruh anggota badan kecuali tangan dan muka. Maknanya, kaki juga aurat wahai diri. Peraturan ini dianggap mengongkong bagi pelajar yang jiwanya masih terbelenggu dengan dosa termasuk saya.
Tetapi, Alhamdulillah jauh di sudut hati saya, saya mengagumi peraturan ini. Seolah-olah Allah S.W.T  ingin menjaga kami para pelajar wanita daripada terjerumus dalam dosa. Allah S.W.T  ingin menjaga kami daripada pandangan jahat lelaki berhati kotor. Allah S.W.T  ingin mendidik kami ke arah lebih solehah.
Bermulanya detik saya mengenali Allah S.W.T lebih dekat. Majlis-majlis ilmu yang dihadiri mula membuka hati saya yang tepu dengan dosa. Selain itu, ada beberapa senior yang bertudung labuh yang membuatkan hati saya terdetik:
"Kenapa mereka memilih pakai tudung labuh sedangkan MRSM tidak mewajibkan pelajarnya bertudung labuh".






Kagum. Mereka satu dalam sejuta. Permata di celahan kaca.
Satu kejutan apabila melihat seorang sahabat yang baru dikenali ketika orientasi yang pada awalnya bertudung segi tiga secara drastik bertukar kepada tudung labuh. Lalu, saya bertanya mengapa. Beliau dahulu bersekolah agama, ceritanya lebih kurang seperti saya.
Katanya, hatinya terdetik untuk berubah apabila menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zolkolnain Singah, ustaz yang kami kagumi, berkenaan mayat seorang lelaki yang berusia 18 tahun di Timur Tengah yang digali semula selepas tiga jam untuk dibedah siasat. Meskipun hanya tiga jam berada dalam liang lahad, mayatnya hampir tidak dikenali.
Rambutnya beruban, mulutnya dipenuhi darah, riak wajahnya ketakutan seolah-olah baru melihat sesuatu yang dahsyat, matanya tersembul keluar, tulang rusuknya patah seolah-olah dipukul oleh sesuatu, badannya dipenuhi darah dan lebam kesan paluan! La haulawala quwwata illa billlah.
Ayahnya memaklumkan apabila ditanya bahawa anaknya itu sepanjang hidupnya tidak pernah solat, minum arak, dan berzina. Lalu terdetik dalam hati sahabat saya andai kata beliau mati, apakah sudah bersedia dengan amalan yang dilakukan?
Adakah auratnya sudah sempurna ditutup?
Perubahan yang dirasakan agak payah tetap dilaksanakan demi kematian yang bakal menjelma. Ya, sahabat sekeliling memandangnya dengan kehairanan. Tetapi, semangatnya utuh.
Di awal tahun tingkatan lima, kami diwajibkan menyertai Kem Jati Diri yang menuntut kami beraksi lasak. Memanjat, berkayak, berenang dalam lumpur, berlari, mengangkat beban, denda kami adalah push up.
Saya terfikir bagaimana sahabat saya yang bertudung labuh itu menghadapi semua ini. Bayangkan dalam lumpur, dengan tudung labuhnya, dia masih kental beraksi. Saya kagum.
Lalu, saya mula mencari sebab kenapa perlu bertudung labuh. Allah S.W.T telah mengilhamkan. Meskipun saya bertudung seperti kebanyakan orang lain, yakni tudung segi tiga yang bagi saya sudah menutup aurat, tetapi saya berasa rimas dan takut untuk berada di hadapan lelaki.
Tudung saya tidak menutup sepenuhnya bahagian belakang. Seolah-olah mereka nampak apa yang sepatutnya mereka tidak nampak. Iaitu tali baju dalam. Maaf kerana agak peribadi. Tetapi ya, saya langsung tidak selamat. Apatah lagi jika memakai baju yang jarang dan nipis.
Satu lagi sebab, meskipun tudung saya melepasi dada, tetapi andai kata angin bertiup kencang, tudung akan terselak lalu dengan mudahnya dada kelihatan. Lalu saya meneliti kakak-kakak yang bertudung labuh, apabila tudung mereka ditiup angin, ia masih tidak menampakkan dada mereka. Kerana tudung itu labuh lalu ia menutupi bahagian sisi dada mereka. Subhanallah.
Ditakdirkan kami sekelas ketika tingkatan lima. Waktu itu saya mula mengubah cara pemakaian tudung sedikit demi sedikit. Daripada tudung bawal ke arah tudung cotton yang tebal.
Kemudian beralih ke tudung bidang 60. Terdetik juga mahu memakai shawl. Pendek kata saya masih mencari identiti. Tetapi di sekolah, saya tetap bertudung segi tiga kecil. Masih belum berani untuk konsisten.
Sehinggalah suatu ketika, entah kenapa, saya tiba-tiba teringatkan tudung labuh saya yang dipakai sewaktu sekolah agama dahulu yang kini hanya terperuk dalam almari. Lalu, saya meminta ibu mengirimkan tudung tersebut kerana saya mahu menjahit tudung labuh saya sendiri.
Bermakna saya mahu memakai tudung labuh. Keinginan itu disuarakan kepada ibu dan kepada sahabat saya tadi. Mereka gembira. Saya mendapat semangat. Lalu proses menjahit siap cuma tinggal mahu memakai ataupun tidak.
Tiba waktu prep, saya meminta roommate menemani saya menuju ke kelas. Alhamdulillah, kami tidak bertembung dengan sesiapa pun waktu itu. Saya selamat tiba ke kelas. Pandangan pertama sahabat sekelas tidak akan dilupakan.
Rasa malu menyelubungi lalu saya menyendiri di satu sudut untuk seketika. Tetapi sahabat sekelas saya ibarat adik-beradik sendiri, mereka berpura-pura tidak perasan akan perubahan itu demi menjaga hati saya. Lalu, prep pun berjalan seperti biasa. Saya tidak rasa janggal lagi.
Bermula dari hari itu, beberapa sahabat juga telah mula bertudung labuh, tetapi kami masih golongan minoriti. Beberapa pelajar lelaki yang mungkin tidak tahu kerap mengusik dengan kata-kata yang lebih kurang, "kaya betul lah korang, banyak duit nak beli kain!""boleh buat sapu lantai lah kalau macam ni", "wei, ustazah, ustazah!".
Ketika kami masih "diusik", Allah S.W.T telah menenangkan hati kami melalui tulisan Fatimah Syarha dalam kolum beliau menerusi majalah Solusi. Masih saya ingat tajuknya "Corat-coret Kisah Tudung Labuh".
Pengalaman Fatimah Syarha bertudung labuh menaikkan lagi semangat kami untuk istiqomah. Lalu, saya dan sahabat terus menfotostat kolum itu dan ditampal ke semua kelas. Sebagai usaha kami membela wanita yang bertudung labuh.
Kelegaan yang amat. Bermula dari hari itu, kami kurang menerima usikan-usikan mereka.
Terima kasih Allah S.W.T kerana memberi ilham kepada Fatimah Syarha untuk menulis tentang tudung labuh. Hebatkan Allah S.W.T!
Kuncinya hanya satu, jika kita berubah kerana manusia, perubahan itu tidak akan kekal. Jika berubah kerana Allah S.W.T, tidak kira banyaknya dugaan, kita akan tetap konsisten. Insya-Allah.



cOpy + paste by: http://www.iluvislam.com