BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 17, 2011

BINGKISAN HAWA- Ke arah menggapai redha illahi


marilah kita renungkan bersama. insyaAllah ,

Perubahan mendadak ,

Ana bukanlah muslimah sejati seperti yg sahabat2 fikirkan. Ana juga punya kesilapan. Bermacam maksiat yg ana lakukan. Bahkan hal solat pun ana pandang ringan.

Pertama kali ana ditegur oleh bapa ana sendiri untuk melihat anak perempuan kesayangannya ini memakai stokin dan menutup aurat dgn sempurna ketika keluar rumah. Ana juga seperti kaum hawa yg lain, apabila ditegur untuk melakukan kebaikan, bermacam2 alasan yg diberikan. Malu dgn kawan2 yg menganggap kita pura2 baik. 
"xakan setiap kali keluar rumah nak kena pakai stokin, malulah nanti kawan kata apa " jiwa ana memberontak.
Pada mulanya memang agak kekok untuk memakai stokin tiap kali keluar rumah. Ana kuatkan hati untuk berubah , ana mula membiasakan diri untuk menjaga waktu2 solat. Apabila terdengar azan berkumandang, ana berhenti buat apa yg ana sdg termasuk schoolwork. Apa yg ana fikirkan ketika itu hanya akhirat. Akhirat lebih enting drpd dunia. Walaupun kerja sekolah bertimbun , tapi ana dpt rasakan seperti tiada kerja yg perlu dilakukan. Terasa semuanya dipermudahkan. Ana belajar tanpa stress. Benarlah janji Allah , jika hambanya mula mendekatkan diri padaNya , segala urusan dunia akan dipermudahkan.


Betapa besarnya kuasa Allah , tatkala ana berniat untuk berubah menjadi seorang muslimah, Allah pilih ana untuk berada dalam kumpulan sahabat2 yg solehah. 
'ya Allah, satukanlah hatiku dgn hati2 hambaMu yg beriman dan bermal soleh'.

Sekali lagi rezeki dari Allah , umi ana menghadiahkan sehelai tudung labuh kepunyaannya. Sahabat ramai yg menegur "wei, sejak bila kau jadi ustazah ni" ana hanya menyimpulkan senyuman. Biar Allah yg menilai diri ana, ana xperlukan penilaian drpd manusia yg kadang2 buat ana lemah dan kadang2 buat ana riya'. Ampunkanlah segala dosa hambamu ini ya Allah. Tutup itu lebih indah. Benarlah , apa yg disyariatkan oleh Allah ada hikmahnya. Kecantikan seorang wanita ialah xdipandang dan xmemandang. Apabila kita terus2san membiarkan lelaki ajnabi melihat aurat kita, tiada lagi yg menarik utk dipertotonkan kpd suami kita kelak. Allah maha mengetahui sedangkan kita tidak mengetahuinya.


kejayaan di luar dugaan ,

Ana mula menceburi bidang yg baru dalam hidup ana sendiri. Pelajaran yg diajar terasa sukar. Seusai solat, ana menangis meminta pertolongan dari Allah. Ana tidak kuat untuk menempuhnya. Setiap kali sesi soal jawab , pasti markah ana yg terendah. Namun , ana cuba menyedapkan hati untuk mengatakan yg itu semua hanya dunia. Keputusan peperiksaan diumumkan , Subhanallah ! result yang xdisangka2 ana perolehi. lulus cemerlang. Betapa besar kuasa Allah. Ana sedar, siapalah ana untuk menjawab soalan yg dikemukakan dgn baik. Kejayaan yg dimiliki adalah kepunyaan Allah. Allah yg memberi ilham utk menjawab dgn baik. Tuntasnya, segalanya milik Allah.





yang dilihat & diukurNya bukan sejauh mana usahamu , tapi yang diharap sejauh mana TAWAKKAL , PERCAYA nan jitu ..
pergantunganmu padaNya ,
tapi tidak bermakna tidak perlu berusaha , USAHAlah semampumu ,
tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
tapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya.. itulah penentu kejayaanmu.
Kejayaan bukan milik sesiapa.. tapi adalah milik Allah..

0 comments: