BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 8, 2011

Sunat Ketika Berbuka & Sahur

1-     Elakkan makan terlalu banyak sehingga perut sesak dan sukar bernafas.

2-     Jauhi menyediakan beraneka makanan sehingga membazir.

3-     Makan tidak terlalu pedas kerana mungkin memudaratkan kepada perut.

4-     Elakkan selalu makan makanan yang berdaging kerana system penghadaman yang tidak sesuai pada waktu malam. Sebaliknya makan makanan yang senang hancur.

5-     Berbuka ala-kadar selepas sembahyang maghrib, sambung makan semula sesudah solat.

6-     Hentikan makan sebelum terlalu kenyang.

 

BERSAHUR

 

Bersahur ertinya memakan makanan sebelum menjelang fajar. Masa yang tepat untuk bersahur ialah dua jam yang terakhir. Makan pada masa yang terlewat ganjarannya adalah lebih besar daripada bersahur terlalu awal. Sabda Rasulullah SAW ertinya:

 

            “Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu terdapat berkat.” (Mutaffaq alaih)

 

Bersumber dari Abi  Said, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

 

            “Setiap makan sahur adalah mengandungi berkat, maka janganlah kamu tinggalkan sahur. Sekali pun dengan hanya meminum seteguk air hendaknya itu lakukan oleh salah seorang di antara kamu. Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung dan Malaikat-Nya sama membaca selawat atas orang-orang yang makan sahur.” (Riwayat Imam Ahmad)

 

Maksud hadis yang lain:

 

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah dengan buah kurma.”

 

Bersumber dari Anas, Nabi SAW bersabda:

 

“Makanlah sahur walaupun hanya dengan seteguk air.” 

0 comments: