BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 1, 2011

ke mana destinasi kita selepas ramadhan???

'Kuala Lumpur kiri, Kajang kanan' tertera di signboard tepi jalan. Apa tujuan signboard ni? Dah tentu sebagai arah pandu kita menuju ke destinasi yang dituju. Soalan aku untuk hidup kita pula, 'Ke mana destinasi hidup kita selepas Ramadhan?'. Soalan ni harus terbit di benak setiap insan yang bernama Islam. Yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Adakah sempurna tarbiyyah Ramadhan kita tahun ni? Apa perubahan kita? Apa matlamat selepas Ramadhan? Soal ibadah pula bagaimana? Minda kita harus diajukan soalan-soalan seperti ini supaya kita sentiasa beringat.


Istiqamah.
Kalau signboard tadi penentu arah tuju kita di jalanan raya, apa pula arah tuju kita di jalanan dunia menuju akhirat? Jawapannya perlu ada iman. Iman yang mantap mengelakkan kita dari tergelincir ke lembah kemaksiatan dan sia-sia. Mana nak dapat iman yang mantap? Contoh terdekat adalah Ramadhan. Selama sebulan kita disekolahkan, takkan takde sedikit manfaat kita peroleh. Aku rasa bulan Ramadhan ni sudah cukup untuk membentuk iman yang mantap. Itu pun kalau kita bersungguh-sungguh nak berubah. Mungkin kalau tak banyak , sedikit pun sudah bagus untuk perubahan diri. Sebab yang penting adalah Istiqamah. Istiqamah kita untuk berubah ke arah kebaikan.

Mungkin sebelum ni ada yang hobinya meninggalkan solat fardhu, tapi dibulan Ramadhan cukup lima waktu sehari semalam. Ada juga yang berjaya meninggalkan ketagihan merokok di bulan Ramadhan. Ini sudah bagus, dan harap berkekalan la di bulan seterusnya. Tak guna puasa sebulan di bulan Ramadhan, tapi bila berakhirnya Ramadhan, satu hape pun kita tak dapat dari tarbiyyah Ramadhan tu.



Tukar persepsi.
Jika sebelum ni kita hanya anggap Ramadhan ni hanya bulan puasa. Tak puasa berdosa. Mungkin ada yang puasa sebab terpaksa, malu jika tak berpuasa. Ada jugak yang dalam fikiran "Bulan Ramadhan ni kita stop buat kerja jahat, habes je puasa ni kita sambung balek", "bulan puasa ni aku nak pakai tudung, nanti lepas Ramadhan bukak la", "Kiah, bulan ni kita stop Melodi kita ea, sambung Syawal nanti". Ya, mereka menghormati bulan Ramadhan tapi hanya sekadar menghormati tak cukup. Contoh mudah:


"Kita hormat makayah kita. Di depan mereka kita buat baik. Tapi diluar sana kita berperangai tak tentu hala. Di depan makayah kita jaga adab, tapi diluar sana adab kita hilang. Di depan makayah kita...Ermm.. tapi sedarkah kita yang sebenarnya kita dah memalukan makayah kita? Walaupun kita baik depan makayah kita. Tapi pandangan orang, makayah kita tak reti jaga anak. Anak jahat. Buat benda tak senonoh. Sapa yang malu? Sapa yang dapat aib? Makayah kita jugak".

Sama jugak dengan mereka yang hanya menghormati bulan Ramadhan tapi dibulan lain kembali berbuat kejahatan, bagi aku mereka sebenarnya telah menghina Ramadhan itu sendiri. Hanya berpura-pura baik ketika bulan puasa, tapi dibulan lain melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Yang buruk nama Islam itu sendiri. Yang rosak martabat Islam itu. Dan yang dapat malu, umat Islam itu sendiri. Kita kata kita sayangkan Islam, tapi di suatu masa kita yang membiarkan Islam jatuh. Apa guna tarbiyyah jika diri sendiri tidak mahu berubah. Fikir-fikirkan...



Tentu arah.
Sementara masih ada sisa-sisa Ramadhan yang kita akan jalani ni, tanamkanlah niat dan harapan kita untuk perubahan. Segala perubahan di Ramadhan kali ini diteruskan dibulan lain sehingga datangnya Ramadhan yang akan datang. Teguhkan iman kerana perjalanan menuju ke Ramadhan yang akan datang terlampau panjang. Banyak onak duri kejahatan dan ombak badai maksiat yang harus kita tempuhi. Hidup ini hanya sementara, akhirat kekal abadi. Usia hanya pinjaman, manfaatkan sepenuhnya.


Maka sama-samalah kita berdoa agar perubahan kita di bulan Ramadhan ni dirahmati Allah. Dipanjangkan usia untuk dapat beramal, dapat bertaubat sebelum terlambat. Amiin.


0 comments: