BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 25, 2011

Renungan bersama~

'janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangn tetapi bimbnglah andai imanmu akan berkurangan..janganlah kamu bimbng andai kamu tak rupawan tetapi bimbanglah andai akhlakmu murahan.kejarlah dan carilah cinta ALLAH nescaya andai kamu perolehinya seluruh makhluk ALLAH akan menyayangimu'-mutiara hikmah-



SIAPA ORANG YANG ALLAH CINTAI ?

Orang yang bertaqwa. Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.” ( Surah al-Tawbah 9: 4 )

Orang yang cepat-cepat bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri diri.” ( Surah al-Baqarah 2: 222 )

Orang yang adil. Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.” ( Surah al- Mumtahanah 60: 8 )

Orang yang bertawakal. Allah berfirman yang bermaksud:
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.” ( Surah Ali ‘Imran 3: 159 )

Orang yang berbuat kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” ( Surah al-Baqarah 2: 195 )

Orang yang berjuang pada jalan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” ( Surah al-SaffSIAPA ORANG YANG ALLAH CINTAI ?

Orang yang bertaqwa. Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.” ( Surah al-Tawbah 9: 4 )

Orang yang cepat-cepat bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri diri.” ( Surah al-Baqarah 2: 222 )

Orang yang adil. Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.” ( Surah al- Mumtahanah 60: 8 )

Orang yang bertawakal. Allah berfirman yang bermaksud:
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.” ( Surah Ali ‘Imran 3: 159 )

Orang yang berbuat kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” ( Surah al-Baqarah 2: 195 )

Orang yang berjuang pada jalan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” ( Surah al-Saff 61: 4 )

Adakah kita termasuk dalam golongan orang di atas ? tepuk dada Tanya imam kita masing-masing. Marilah kita berusaha mencari cinta-Nya. Sesungguhnya hanya Dia lah yang paling layak di cinta.

0 comments: